More

    Sony lancarkan ZV-1, kamera digital yang direka khas untuk penggambaran dan rakaman santai

    Sony telah melancarkan kamera digital ZV-1, sebuah kamera ‘semua dalam satu’ yang dibina khas bagi pengguna kasual yang sering menggunakan telefon pintar untuk sebarang tujuan penggambaran mereka dan berkongsinya di internet. Dengan fungsi-fungsi penggunaan yang sangat mudah, kamera ini mungkin adalah pengganti kepada siri RX 100.

    Ia dilengkapi sensor Exmor RS CMOS 1 inci dan kanta ZEISS Vario-Sonnar T* 24-70mm dengan apertur sebesar F1.8-2.8 bagi menghasilkan efek kabur (bokeh) yang cantik. Kamera tersebut juga mempunyai pemproses imej BIONZ X, pemproses sama yang terdapat pada kamera Sony α7 untuk gambar yang mempunyai kurang noise. Ia juga mempunyai skrin LCD yang boleh diputar ke hadapan untuk penggambaran selfie.

    ZV-1 mempunyai fungsi autofokus yang dibawa daripada siri kamera Sony Alpha, seperti autofokus yang menjejak mata (Real-time Eye AF) dan jejakan masa sebenar (Real-time Tracking) untuk video. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan suis Bokeh Switch untuk mengawal kualiti bokeh.

    Untuk fungsi rakaman video, ZV-1 boleh merakam sehingga 4K dengan codec XAVC S, profil warna HDR dan S-Log, video gerak perlahan sehingga 960fps, video time-lapse serta menyokong input audio daripada bicu mikrofon 3.5mm.

    Tentunya ini adalah pilihan yang menarik jika anda ingin membawa fotografi anda ke tahap yang lebih baik selepas menggunakan telefon pintar. Ia akan dijual di Malaysia mulai Julai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured