More

    HUAWEI Malaysia akan lancarkan Mate X6, Nova 13, FreeBuds 4 Pro pada 18 Disember 2024

    HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan beberapa produk baharu dalam kategori flagship pada hari Rabu, 18 Disember 2024. Ini termasuklah telefon lipat HUAWEI Mate X6, siri telefon kelas pertengahan HUAWEI Nova 13 Series dan fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds Pro 4.

    HUAWEI Mate X6

    HUAWEI Mate X6 merupakan telefon lipat yang mempunyai rekaan mewah Vegan Fibre dan ditawarkan dalam pilihan warna merah Nebula Red atau hitam. Modul kamera di belakang terdiri daripada kamera utama Ultra Aperture Camera 50MP dengan 10 saiz apertur yang boleh berubah, kamera ultra-lebar 40MP dan kamera telefoto mikro 48MP.

    Sebagai sebuah telefon lipat, ia mempunyai Live Multi-task yang membenarkan pengguna membuka tiga aplikasi serentak apabila skrinnya dibuka.

    Pelanggan yang berminat dengan telefon ini boleh mula membuat pra-tempahan melalui cara pertukaran dengan telefon lama (HUAWEI P50 dan ke atas) di mana-mana kedai HUAWEI Experience Stores dan dapatkan rebat sehingga RM2,000.

    Jika anda bukan pengguna peranti HUAWEI, anda masih boleh membuat pra-tempahan dan mendapatkan rebat sehingga RM600, apabila anda meletakkan deposit RM200 di laman web rasmi HUAWEI Malaysia. Anda juga boleh dapatkan baucar bernilai RM600 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Siri HUAWEI nova 13

    HUAWEI nova 13 pula merupakan siri telefon pintar kelas pertengahan dengan rekaan Dynamic Plaid Texture Design dan ditawarkan dalam pilihan warna hijau Loden Green, hitam dan putih.

    Daripada segi kamera, ia mempunyai kamera hadapan 60MP Front Ultra Portrait Dual Camera yang boleh mengambil swafoto dengan tahap zum 0.7x, kamera utama 50MP Adjustable Aperture Camera dengan penstabilan OIS dan kamera telefoto dengan zum optikal 3x. Ia juga mempunyai pemprosesan XD Portrait Engine yang menawarkan tiga gaya fotografi iaitu Natural, Delicate dan Stylish.

    HUAWEI FreeBuds 4 Pro

    Sementara itu, HUAWEI FreeBuds 4 Pro merupakan fon telinga wayarles pertama yang dilancar bawah jenama HUAWEI SOUND yang sebelum ini hanya dikhaskan untuk pembesar suara. Ia mempunyai codec Bluetooth L2HC 4.0, kadar transmisi audio 2.3Mbps lossless dan kualiti audio 48 kHz/24-bit.

    "
    "

    Ia juga mempunyai teknologi pembatalan hingar (noise reduction) yang menggunakan tiga mikrofon dan mikrofon VPU bone-conduction untuk membatalkan hingar sehingga 100dB. Sewaktu membuat panggilan telefon, ia mempunyai teknologi Digital Cross-Over yang menyediakan kualiti suara jelas.

    Beritahu kami di Facebook jika mana-mana produk di atas menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured