More

    Zum kamera vivo X200 Pro boleh pergi sangat jauh & jelas, paling sesuai untuk rekod konsert!

    Tahun 2024 kini sudah pun mencapai hujungnya dan beberapa syarikat telefon pintar sudah melancarkan telefon andalan (flagship) generasi baharu, termasuklah vivo dengan siri vivo X200 yang dilancar di Malaysia pada November lalu. Sebagai telefon generasi baharu, ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9400 yang merupakan cipset tercanggih oleh MediaTek buat masa ini, bagi menjana prestasi pantas untuk setiap kegunaan harian.

    Spesifikasi canggih ini juga boleh dikatakan untuk kamera vivo X200 yang merangkumi pelbagai komponen terkini untuk hasilkan kualiti gambar dan video yang cantik dalam setiap situasi. Semua lensanya mempunyai teknologi ZEISS untuk menyediakan prestasi fotografi yang tinggi, terdiri daripada kamera utama 50MP ZEISS True Colour, kamera telefoto ZEISS (200MP untuk vivo X200 Pro, 50MP untuk vivo X200) serta kamera ultra-lebar 50MP.

    Dalam artikel ini, kami akan fokus pada kamera telefoto ZEISS dalam siri vivo X200 yang membenarkannya mengambil gambar zum yang sangat jauh, sambil mengekalkan kualiti yang tinggi walaupun dalam situasi malap.

    Telefon terbaik untuk merakam konsert

    Buat para penggemar muzik yang kerap ke konsert untuk menonton artis kegemaran mereka  secara langsung, anda pasti ingin mengambil gambar atau merakam persembahan artis menggunakan telefon pintar, namun selalunya anda perlu zum jauh dan gambar atau video yang dihasilkan nampak sangat kabur dan banyak noise.

    vivo X200 menyelesaikan masalah ini dengan kamera telefoto ZEISS yang boleh zum dengan sangat jauh, sambil mengekalkan kualiti gambar dan video yang tinggi. Baru-baru ini, kami telah menghadiri konsert Imagine Dragons dan sewaktu menonton kugiran Amerika Syarikat popular itu beraksi, kami menggunakan vivo X200 Pro untuk mengambil gambar mereka.

    Walaupun tempat duduk kami berada agak jauh dari pentas, kebolehan zum vivo X200 Pro mampu untuk zum jauh sehingga nampak penyanyinya dengan jelas, dan kualiti gambar yang dihasilkan juga adalah sangat kemas. Ini berbeza dengan kebanyakan telefon lain yang mempunyai kebolehan zum jauh, namun selalunya gambar yang dihasilkan akan nampak terlalu kabur.

    Lokasi kami sewaktu menonton konsert Imagine Dragons
    Masih boleh ambil gambar vokalis dengan jelas, walaupun jauh!
    Kalau zum lebih dekat pun, kualiti masih jelas
    Peluh dan susuk tubuh vokalis ini masih nampak jelas, walaupun ini gambar zum
    Konfeti yang berterbangan masih nampak jelas, walaupun ia bergerak pantas dalam situasi malap

    vivo X200 Pro membuatkan saya seolah-olah berada di hadapan pentas untuk pengalaman konsert yang paling seronok. Sewaktu anda menghalakan kamera telefon ini ke pentas, anda boleh aktifkan mod “Stage” untuk ambil gambar konsert yang cantik. Fungsi ini juga boleh diaktifkan dalam video jika anda ingin merakam persembahan untuk lagu kegemaran anda.

    Selain daripada konsert, kebolehan zum vivo X200 Pro juga sesuai digunakan untuk lain-lain jenis subjek yang kerap berada jauh, seperti haiwan-haiwan liar, kenderaan yang bergerak pantas, atlit yang beraksi di gelanggang sukan dan banyak lagi.

    Dengan kebolehan fotografi ini, pastinya ia adalah telefon yang sesuai untuk mengambil gambar kenangan anda, terutamanya sewaktu musim hujung tahun ini yang merupakan waktu sesuai untuk berjalan-jalan serta merayakan Hari Krismas dan ambang tahun baru.

    Kualiti gambar yang jelas walaupun dalam suasana malap
    Perbandingan antara mod zum 1x (kiri), zum 10x (tengah) dengan zum 20x (kanan), jauh sungguh!
    Penyanyi boleh nampak dengan sangat jelas
    Sesuai untuk ambil gambar potret untuk memori sewaktu konsert!
    Tiada noise dalam background, walaupun zum jauh dan dalam situasi kurang cahaya

    Prestasi tinggi untuk semua tugas

    Sebagai sebuah telefon andalan, vivo X200 Pro dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9400 yang dibina dengan nod proses 3nm dan direka khas antara vivo dengan MediaTek bagi menghasilkan prestasi terpantas untuk telefon ini. Anda bukalah sebarang jenis aplikasi dalam telefon ini, daripada media sosial, permesejan hinggalah game berat seperti Zenless Zone Zero, ia boleh memainkannya dengan prestasi tinggi.

    Keputusan penanda aras 3DMark dan Geekbench untuk vivo X200 Pro, dengan markah yang sangat tinggi
    Seronok bermain game dalam vivo X200 Pro!

    Ia turut mempunyai cip pengimejan vivo V3+ yang boleh meningkatkan lagi kualiti gambar dan video yang diambil melalui kameranya. Dengan pemprosesan yang disediakan oleh vivo V3+, anda boleh rekod Portrait Video 4K HDR yang cantik dalam pelbagai situasi cahaya, rakaman 4K HDR Dolby Vision dalam kadar 60fps, serta rakaman 10-bit log jika anda ingin menggubah warna video (colour grading) sewaktu fasa pasca-penerbitan.

    Telefon ini juga cukup pantas untuk merakam video 4K dalam kadar tinggi 120fps, supaya anda boleh hasilkan video gerak perlahan (slow motion video).

    Bateri besar dengan pengecasan super pantas

    Dengan vivo X200 Pro, anda tidak perlu lagi mengalami keresahan bateri kerana kapasitinya sebesar 6,000mAh bermaksud ia boleh bertahan sehingga dua hari jika anda menggunakannya secara normal. Jika anda seorang pengguna yang kerap bermain game, anda tidak perlu hadkan waktu gaming anda kerana bateri besar ini pasti boleh bertahan selama lebih daripada sehari.

    Telefon ini datang dengan pengecas 90W Flash Charge, tidak seperti telefon flagship lain yang tidak didatangkan dengan pengecas!

    Apabila bateri habis, vivo X200 Pro menyokong kadar pengecasan 90W Flash Charge yang boleh mengecas penuh telefon ini dalam masa sekitar 40 minit sahaja. Ia juga mempunyai pengecasan wayarles 30W untuk memudahkan pengecasan di mana-mana tempat yang ada pengecas wayarles.

    Siri vivo X200 kini sudah pun dijual dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM3,599 untuk vivo X200, atau RM4,699 untuk vivo X200 Pro. vivo Malaysia juga sedang mengadakan promosi Merry Merry Ong sempena musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina yang semakin hampir.

    Setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah bernilai RM1,787, seperti pengecas vivo 50W Vertical Wireless Flash Charger 2, fon telinga vivo TWS 3e, waranti lanjutan vivo Care+ 1+1 tahun, perlindungan skrin vivo Care+ selama setahun, beg laptop, serta diskaun sehingga 30% untuk produk vivo lain.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X200 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...