More

    Siri realme 14 Pro tampilkan teknologi perubahan warna sensitif sejuk pertama di dunia

    realme mengesahkan pelancaran siri realme 14 Pro pada Januari 2025 yang memperkenalkan dua model utama iaitu realme 14 Pro dan 14 Pro+. Siri ini akan menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 3 dan dilengkapi kamera telefoto periskop. realme turut memperkenalkan teknologi perubahan warna pertama di dunia yang bertindak balas terhadap suhu.

    Panel belakangnya direka bersama studio Valeur Designers yang boleh berubah daripada putih mutiara kepada biru terang apabila suhu di bawah 16°C. Teknologi ini menggunakan pigmen termokromik canggih yang menambah elemen unik kepada telefon ini.

    Daripada segi reka bentuk, realme 14 Pro+ hadir dengan skrin AMOLED melengkung empat sisi yang menawarkan nisbah skrin-ke-badan 93 peratus dan bezel ultra nipis 1.6mm. Telefon ini hanya setebal 8mm menjadikannya salah satu peranti paling nipis.

    Kamera belakangnya dikenali sebagai “Ocean Oculus” yang menampilkan sistem tiga kamera dengan flash “Magic Glow” untuk potret semula jadi walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Telefon ini turut dijangka tahan lasak dengan penarafan IP69 dan pensijilan TUV Rheinland. Skrin OLED telefon ini menyokong resolusi 1.5K dan kadar penyegaran 120Hz.

    Ia juga menyokong pengecasan pantas 80W dan kamera utama 50MP dilengkapi sokongan OIS serta lensa telefoto periskop dengan zum optik 3x. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X realme

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured