More

    ChatGPT kini tersedia dalam aplikasi WhatsApp, hanya perlu dail 1-800-ChatGPT!

    1-800-ChatGPT adalah inisiatif baru yang membolehkan pengguna mengakses ChatGPT dengan mudah melalui panggilan telefon atau WhatsApp tanpa memerlukan akaun. Pengguna boleh menelefon nombor 1-800-ChatGPT (1-800-242-8478) atau menghantar mesej WhatsApp untuk berinteraksi dengan ChatGPT.

    Perbualan percuma disediakan selama 15 minit sebulan dengan had harian untuk mesej WhatsApp. Walaupun perkhidmatan ini menawarkan kemudahan, terdapat beberapa batasan. Contohnya, hanya perbualan teks yang disokong melalui WhatsApp dan beberapa ciri seperti pencarian ChatGPT serta ciri peribadi tidak tersedia.

    Selain itu, penggunaan dalam persekitaran yang tenang/sunyi disarankan untuk mengelakkan gangguan suara. Bagi mereka yang memerlukan ciri tambahan seperti berbual dengan imej atau mengakses memori peribadi, mereka perlu menggunakan aplikasi ChatGPT atau melawat laman web rasmi ChatGPT.

    Data perbualan disimpan untuk tujuan keselamatan dan pengguna boleh mengakses atau memadamkan data mereka melalui Polisi Privasi yang disediakan. Jika mengalami masalah, pengguna boleh memberikan maklum balas atau melaporkan isu melalui platform sokongan yang disediakan.

    Dengan 1-800-ChatGPT, akses ke ChatGPT kini lebih mudah dan boleh digunakan oleh lebih ramai pengguna melalui saluran yang lebih biasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenAI

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured