Xiaomi mungkin akan melengkapkan barisan telefon andalannya Xiaomi 16 dengan lensa telefoto periskop yang akan meningkatkan kemampuan zum telefon ini. Ketiadaan lensa periskop pada Xiaomi 15 dianggap sebagai kekurangan besar, membataskan keupayaan kamera dan keupayaan zumnya.
Dengan penambahbaikan ini, Xiaomi 16 dijangka menawarkan zum optik yang lebih baik tanpa menjejaskan kualiti imej, satu ciri yang semakin popular dalam telefon pintar premium. Xiaomi 16 dijangka mengekalkan saiz skrin kompak 6.36 inci yang telah diterima baik sejak Xiaomi 13 menjadikannya pilihan menarik bagi mereka yang lebih suka telefon yang mudah dibawa.
Selain lensa periskop, Xiaomi 16 juga dijangka akan memanfaatkan spesifikasi hebat daripada Xiaomi 15 termasuk paparan AMOLED 1.5K, cipset Snapdragon 8 Elite dan sistem kamera 50MP dengan optik Leica. Sementara itu, Xiaomi juga sedang bersiap untuk melancarkan Xiaomi 15 Ultra, yang dijangka diperkenalkan di China pada Februari 2025.
Telefon ini akan dilengkapi paparan LTPO OLED 6.7 inci, cip Snapdragon 8 Elite dan sistem empat kamera dengan sensor 50MP dan 200MP. Ia juga akan menyokong pengecasan 90W berwayar dan wayarles 80W serta dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin untuk keselamatan tambahan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina







