More

    Suunto Aqua dilancar di Malaysia: Fon telinga “bone conduction” kalis air berharga RM1,099

    Suunto Malaysia hari ini memperkenalkan sepasang fon telinga wayarles jenis bone-conduction terbaharu untuk pasaran tempatan iaitu Suunto Aqua. Ia merupakan fon telinga kalis air IP68 yang mempunyai pelbagai fungsi khas untuk penggiat sukan air.

    Sebagai sepasang produk bone-conduction, fon telinga ini tidak menutupi telinga anda sepenuhnya supaya anda masih boleh peka dengan persekitaran, namun audionya cukup lantang jika anda ingin mendengar muzik atau buku audio.

    Suunto Aqua boleh mengukur pelbagai metrik yang berkaitan sukan renang, seperti postur kayuhan (stroke posture), sudut kepala (head pitch), kekerapan nafas (breath frequency) dan tempoh meluncur (glide time).

    Apabila anda keluar daripada air, ia boleh mengukur kepenatan dan gerakan leher, serta menggunakan ujian lompat untuk mengukur kepenatan otot. Segala ukuran boleh disemak dalam aplikasi Suunto.

    Dengan pengecasan selama 10 minit sahaja, ia boleh digunakan selama tiga jam. Pengecasan penuh memerlukan masa sejam dan akan menawarkan penggunaan sehingga 10 jam.

    Ia mempunyai storan dalaman 32GB, manakala luarannya pula dibuat dengan bahan gabungan titanium dan silikon yang ringan dan tahan lasak. Ia boleh dihubungkan kepada telefon melalui Bluetooth 5.3, dan mempunyai dwi-mikrofon untuk membuat panggilan telefon.

    Suunto Aqua akan dijual di Malaysia pada harga RM1,099 dan ia boleh dibeli secara atas talian melalui Shopee atau TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Pemeriksaan kenderaan Puspakom kini lebih pantas dengan bantuan AI

    Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan Keymag...

    Universiti Malaya uji bateri terpakai BMW EV sebagai stesen pengecas solar

    BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memasang stesen pengecas peranti mudah alih kuasa solar yang menggunakan bateri kenderaan elektrik...

    MyGOV Malaysia integrasi Agentic AI, sistem kerajaan kini lebih efisien

    Kementerian Digital memperkenalkan teknologi Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia yang mengubahnya daripada sekadar hab perkhidmatan kepada pembantu digital yang mampu memahami...

    Siri HONOR Pad 20 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR bakal melancarkan siri Pad 20 di pasaran Malaysia berikutan kejayaan mereka mengekalkan kedudukan sebagai jenama tablet Android nombor satu di Malaysia...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured