More

    MediaTek Dimensity 8400 dilancar: Cipset baharu untuk telefon kelas pertengahan 2025

    MediaTek baru-baru ini melancarkan cipset baharu ntuk segmen telefon pintar kelas pertengahan-atas (upper-midrange) iaitu MediaTek Dimensity 8400. Seperti Dimensity 9400, cipset ini menggunakan seni bina All Big Core yang bermaksud ia mempunyai lapan teras Arm Cortex A-725 yang beroperasi pada kelajuan 3.25GHz.

    Jika dibandingkan dengan Dimensity 8300, MediaTek mengatakan cipset ini menawarkan prestasi multi-teras yang lebih tinggi sehingga 41%, serta penggunaan tenaga yang lebih rendah sehingga 44%.

    Selain itu, ia menggunakan GPU Arm Mali-G720 yang menawarkan prestasi grafik yang lebih tinggi sebanyak 24% dan kecekapan tenaga yang lebih tinggi sebanyak 42%. Ia juga menyoknog teknologi MediaTek Frame Rate Converter (MFRC) dan MediaTek Adaptive Gaming Technology (MAGT) 3.0 bagi menjana prestasi gaming yang lebih lancar dan mengoptimumkan prestasi aplikasi.

    Ia menyokong skrin dengan resolusi sehingga WQHD+, kadar segar semula sehingga 144Hz dan kegunaan dwi-skrin. Untuk spesifikasi dalaman telefon pula, ia menyokong RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 dan modem 5G-A yang boleh memuat turun pada kelajuan sehingga 5.17Gbps.

    Untuk fotografi, ia mempunyai pemproses signal imej (ISP) MediaTek Imagiq 1080 yang menyokong sensor sehingga 320MP, zum dalam sensor (in-sensor zoom) dengan autofokus PDAF 100%, rakaman video HDR dalam setiap tahap zum dan penggunaan tenaga lebih rendah sebanyak 12% untuk rakaman video 4K HDR.

    MediaTek mengatakan telefon pertama yang dilengkapi cipset baharu ini akan dilancar pada hujung tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured