More

    Ini adalah sebab Apple tidak menyaingi Google untuk enjin pencarian

    Apple baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan membangunkan enjin carian untuk bersaing dengan Google. Keputusan ini dijelaskan oleh Eddy Cue, Eksekutif Kanan Apple ketika memberi keterangan di sebuah mahkamah persekutuan di Washington, D.C.

    Cue menjelaskan bahawa terdapat empat sebab utama mengapa Apple memilih untuk tidak memasuki pasaran enjin carian. Pertama, kos yang sangat tinggi. Membangunkan enjin carian yang kompetitif memerlukan pelaburan berbilion dolar dan bertahun-tahun pembangunan yang akan mengganggu projek penting lain yang sedang dijalankan oleh Apple.

    Kedua, industri enjin carian berkembang dengan cepat terutamanya dengan kemajuan kecerdasan buatan. Masuk ke pasaran yang begitu pantas berubah ini dianggap terlalu berisiko. Ketiga, Apple terkenal dengan komitmen terhadap privasi pengguna. Enjin carian yang berjaya bergantung pada iklan yang disasarkan bertentangan dengan nilai-nilai privasi tinggi oleh Apple.

    Akhir sekali, Apple tidak memiliki kepakaran atau infrastruktur yang mencukupi untuk bersaing dengan Google dalam pembangunan enjin carian. Dengan keputusan ini, Apple lebih menumpukan perhatian kepada inovasi dalam bidang perkakasan, perisian, kesihatan dan realiti tambahan yang lebih selaras dengan visi dan nilai syarikat tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Shift Delete.Net

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured