More

    Siri Redmi Note 14: Telefon pintar yang tahan, tajam dan tuntas!

    Dalam dunia yang semakin mencabar, siri Redmi Note 14 memastikan telefon pintar anda dapat mengikuti setiap langkah dalam aktiviti harian. Dibina dengan tahap ketahanan yang luar biasa, siri ini memberikan ketenangan fikiran walau dalam situasi yang paling mencabar. Daripada jatuhan hingga terkena air, Redmi Note 14 sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran.

    Ketahanan “All-Star” untuk penggunaan harian

    Siri Redmi Note 14 hadir dengan penarafan IP68 yang memastikan ia tahan terhadap debu dan air. Ini menjadikannya kalis terhadap percikan air, debu, malah mampu bertahan apabila tenggelam dalam air. Tidak kira di mana sahaja anda berada, telefon pintar ini tetap berfungsi dengan sempurna dan selamat.

    Selain itu, Redmi Note 14 Pro+ 5G dilengkapi dengan paparan Corning Gorilla Glass 2 yang tahan lasak terhadap calar untuk memastikan skrin telefon kekal bagus meskipun digunakan secara aktif setiap hari. Penggunaannya sentiasa lancar kerana terdapat teknologi Wet Touch 2.0 yang membolehkan anda menggunakan telefon walaupun tangan basah, berminyak atau berpeluh.

    Fotografi canggih dengan teknologi AI

    Namun, Redmi Note 14 Pro+ 5G bukan hanya unggul daripada segi ketahanan, ia juga dilengkapi dengan teknologi AI canggih yang akan membawa pengalaman fotografi anda ke tahap seterusnya. Untuk pertama kalinya dalam siri Redmi Note, AI Photo Editing membolehkan anda menyunting gambar dengan mudah dan meningkatkan kualiti gambar dalam sekelip mata.

    Sama ada untuk gambar peribadi atau kerja kreatif, fungsi ini memastikan hasil yang luar biasa. Alat produktiviti seperti AI Notes, AI Recorder dan AI Subtitles turut ditawarkan bagi membantu anda kekal cekap serta kreatif dalam segala hal. Ini menjadikan Redmi Note 14 bukan sekadar telefon pintar, tetapi juga alat penting dalam kehidupan harian anda.

    Kamera 200MP tangkap gambar menakjubkan

    Redmi Note 14 Pro+ 5G turut dilengkapi dengan kamera utama 200MP menggunakan sensor Samsung HP3 berkelas utama. Ciri E2E AI Remosaic dan Smart ISO Pro memastikan gambar yang diambil sentiasa terang, jelas dan penuh warna walaupun dalam keadaan pencahayaan yang malap. Anda tidak perlu risau tentang kualiti gambar kerana setiap shot akan kelihatan luar biasa.

    Prestasi mantap dengan Snapdragon 7s Gen 3

    Selain ketahanan dan kemampuan fotografi yang hebat, Redmi Note 14 Pro+ 5G juga menawarkan prestasi yang mantap. Dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 3, telefon ini memberikan pengalaman permainan yang lancar dan responsif. Ia mampu menjalankan permainan Mobile Legends pada tetapan grafik Ultra dengan kadar bingkai 120 fps.

    Siri Redmi Note 14 kini boleh didapati dalam pilihan warna yang menawan seperti Lavender Purple, Frost Blue dan Midnight Black. Anda boleh mendapatkannya di Xiaomi Store, mi.com, Shopee dan Lazada bermula daripada RM699. Tempah sekarang dan alami pengalaman kehebatan, ketahanan dan inovasi yang ditawarkan oleh siri Redmi Note 14!

    "
    "

    Jom sama-sama kita saksikan perkara yang menarik dan serba-sedikit tentang telefon Redmi Note 14 Pro+ 5G ini:

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured