More

    Pra-tempahan HONOR Magic7 Pro kini dibuka, anda boleh terima hadiah bernilai RM2,096

    HONOR Magic7 Pro bakal dilancar di Malaysia pada 9 Januari 2025 dan jika anda berminat dengan telefon flagship AI ini, anda boleh buat pra-tempahan sekarang. Ia akan dibuka sehingga 8 Januari dan anda hanya perlu letakkan deposit RM200 untuk mengesahkan pesanan Magic7 Pro anda.

    Selepas membuat pra-tempahan, anda boleh dapatkan Magic7 Pro pada 9 Januari jam 5:00 petang. Anda juga akan menerima banyak hadiah bernilai RM2,096 yang terdiri daripada HONOR Watch 5, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, Jaminan Tambahan Setahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, serta rebat segera RM200 sewaktu membuat pembayaran penuh.

    Pra-tempahan boleh dilakukan di HONOR Store seluruh negara, laman web HONOR Malaysia, Shopee, Lazada serta pengedar sah seperti Senheng, SenQ dan Urban Republic.

    HONOR Magic7 Pro menampilkan pelbagai fungsi AI canggih, termasuklah AI Deepfake Detection yang boleh mengesan jika sesebuah video itu telah dipalsukan menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau deepfake. Jika ia mengesan video deepfake, ia akan memberitahu pengguna dan memaklumkan langkah-langkah yang perlu diambil.

    Ini merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi teknologi sedemikian. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro yang telah didedahkan setakat ini, anda boleh baca artikel ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic7 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured