More

    REDMI Turbo 4 dilancar dengan Dimensity 8400-Ultra, skrin OLED 120Hz dan bateri 6550mAh bermula ~RM1,230

    Redmi, jenama bawah Xiaomi telah melancarkan Redmi Turbo 4 di pasaran China. Peranti ini bukan sahaja telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan cip Dimensity 8400 tetapi Redmi turut memperkenalkan cip versi tersuai yang dikenali sebagai Dimensity 8400-Ultra. Ia hadir dengan RAM 12GB atau 16GB dan storan dalaman sebesar 256GB atau 512GB.

    Selain itu, peranti ini dikuasakan oleh bateri besar berkapasiti 6550mAh menyokong pengecasan pantas 90W. Telefon pintar ini hadir dengan skrin OLED 6.77 inci, menyokong kadar segar semula 120Hz, resolusi 1220p dan kecerahan puncak sehingga 3200 nits. Skrin ini turut dilindungi oleh Gorilla Glass 7i untuk ketahanan terhadap calar dan hentakan.

    Kamera utama Sony LYT-600 50MP digandingkan dengan kamera ultra lebar 8MP manakala kamera swafoto menggunakan sensor 20MP ditempatkan pada lubang tebuk di bahagian tengah atas skrin. Redmi Turbo 4 dilengkapi sistem operasi Android 15 bersama antaramuka HyperOS 2.0. Peranti ini juga mempunyai penarafan IP66/68/69 menjadikannya tahan air dan debu.

    Selain itu, ia hadir dengan port inframerah untuk kawalan jauh peranti elektronik lain. Pilihan warna untuk peranti ini termasuk hitam, putih dan biru. Di pasaran China, Redmi Turbo 4 dijual pada harga permulaan CNY 1999 (~RM1,230). Untuk pasaran antarabangsa, peranti ini akan dijenamakan semula sebagai POCO X7 Pro.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Turbo 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured