More

    Infinix GT 20 Pro varian baharu kini dilancar di Malaysia dengan harga RM1,149

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan varian baharu untuk Infinix GT 20 Pro dengan RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,149. Walaupun varian ini adalah versi yang sedikit rendah, ia masih mengekalkan pilihan warna menarik seperti Mecha Blue, Mecha Orange dan Mecha Silver.

    Kelebihan utama model ini termasuk cip Dimensity 8200 Ultimate 4nm 5G, teknologi Pixelworks X5 Turbo Gaming Display dan paparan AMOLED bersaiz 6.78 inci FHD+ dengan kadar penyegaran sehingga 144Hz.

    Ciri Dual-Chip Gaming, memori maya boleh ditingkatkan sehingga 16GB serta sistem penyejukan canggih seperti VC Liquid Cooling dan Phase Change Material (PCM) memastikan prestasi permainan yang lancar. Pelanggan yang membeli GT 20 Pro ini juga akan menerima GT Pro Gaming Kit bernilai RM89 secara percuma sementara stok masih ada.

    Model ini kini boleh didapati di platform dalam talian rasmi seperti Shopee, TikTok Shop, Lazada dan kedai fizikal Infinix Store di Plaza Low Yat serta pengedar sah lain. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Infinix GT 20 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured