More

    Honda dan HUAWEI bergabung untuk perluas pasaran EV di China

    Honda mengambil langkah besar dalam memperluaskan kehadirannya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) China dengan menjalinkan kerjasama bersama gergasi teknologi tempatan, HUAWEI. Kolaborasi ini akan menyaksikan sistem pemanduan pintar HUAWEI diintegrasikan ke dalam jenama EV Honda yang baharu, “Ye”, yang dilancarkan pada April 2024.

    Jenama “Ye” menyasarkan pembeli EV di China dengan tiga model awal iaitu Ye P7, Ye S7 dan Ye GT. Walaupun Ye P7 dan Ye S7 sepatutnya dilancarkan pada akhir 2024, pelancarannya ditunda ke suku pertama 2025. Keputusan ini dibuat selepas Honda mendapati pemasaran dan teknologi pintar jenama “Ye” belum memenuhi jangkaan pemegang sahamnya.

    Sebagai penyelesaian, Honda memutuskan untuk menggunakan teknologi pintar HUAWEI dan memanfaatkannya dalam teknologi pemanduan autonomi. Menurut penganalisis, Honda mungkin menawarkan dua versi model “Ye” dengan pilihan teknologi Honda Sensing 360+ atau dengan sistem Huawei untuk memberi pengguna pilihan yang fleksibel.

    Kerjasama ini hadir ketika jualan Honda di China jatuh 30.7% dalam tempoh sebelas bulan pertama 2024. Dengan dua kilang EV di China, Honda berharap kerjasama dengan HUAWEI dapat mengembalikan momentum jualannya dan memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran EV.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CnEVPost

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured