More

    Google kini integrasikan AI Generatif dalam Workspace Business dan Enterprise

    Google mengumumkan bahawa mereka kini menyertakan teknologi AI generatif terbaik ke dalam pelan Google Workspace Business dan Enterprise tanpa kos tambahan. Langkah ini bertujuan menjadikan kuasa transformasi AI lebih mudah diakses oleh perniagaan daripada pelbagai saiz.

    Kini, dengan kemasukan teknologi AI seperti Gemini dan NotebookLM Plus, pelanggan boleh menikmati ciri-ciri canggih seperti:

    • AI dalam Gmail, Docs, Sheets dan Meet: Membantu menyusun mesej, menghasilkan dokumen profesional serta meningkatkan pengalaman mesyuarat melalui nota automatik dan audio yang lebih baik.
    • Gemini Advanced: Alat perancangan dan analisis yang mempercepatkan projek kompleks termasuk pengekodan dan penyelidikan.
    • NotebookLM Plus: Penolong penyelidikan AI yang memberikan gambaran segera daripada sumber dan mempercepatkan pembelajaran pasukan.

    Google juga menurunkan kos bagi pelanggan sedia ada. Contohnya, pengguna pelan Business Standard yang sebelum ini membayar RM133.40 bagi setiap pengguna dengan add-on Gemini, kini hanya perlu membayar RM58.40 sahaja.

    Google memberi jaminan bahawa data pelanggan tidak akan digunakan untuk melatih model AI di luar domain mereka tanpa kebenaran dan AI ini telah mematuhi piawaian keselamatan global seperti SOC dan ISO.

    Ciri-ciri baharu ini akan dilancarkan bermula hari ini kepada pelanggan Business manakala pelanggan Enterprise akan menerima akses pada penghujung bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan penambahan AI Google ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured