More

    KHIND perkenalkan pelan baru untuk mudahkan anda miliki mesin basuh, bermula RM125 sebulan

    Syarikat kelengkapan elektronik rumah KHIND hari ini memperkenalkan produk KHIND Premium Laundry Capsule yang merupakan sebuah sebahagian daripada pelan Sewa Milik (rent-to-own, RTO) baharu untuk membeli mesin basuh pengering 2-dalam-1. Ia membenarkan para pengguna memiliki mesin basuh premium dengan pelan bayaran mampu milik dan tiada kos pendahuluan yang tinggi.

    Dengan pelan ini, pelanggan perlu membayar hanya RM125 sebulan selama 36 bulan dan anda boleh nikmati penggunaan mesin basuh KHIND yang canggih. KHIND juga akan menyediakan kapsul dobi dan bekalan detergen secara percuma sepanjang tempoh tersebut, di mana ia akan terus dihantar ke rumah pelanggan.

    KHIND mengatakan kapsul dobi ini lebih cekap, mudah disimpan dan mudah digunakan kerana ia ringan, tidak seperti botol sabun yang berat. Satu kapsul sudah cukup untuk cucian seberat 5kg hingga 6kg dan ia mempunyai kuasa pembersihan yang lebih tinggi sebanyak lapan kali ganda, dengan perlindungan antibakteria 99%, penghapusan bau dan pemeliharaan warna pakaian.

    Mesin basuh yang terlibat dalam kempen ini termasuklah Mesin Basuh Pengering KHIND 1438. Ia dilengkapi motor BLDC yang senyap bagi menghasilkan kitaran basuh dan kering secara pantas. Pelan RTO ini merangkumi penghantaran, pemasangan, dan perkhidmatan pembersihan tahunan untuk para pelanggan.

    Selain itu, perkhidmatan insurans dan penyelenggaraan juga akan disediakan dalam pelan ini. Perlu diingati bahawa kempen ini hanya akan berlangsung sehingga 4 Feburari 2025 sahaja.

    Bagi menyambut pelan baharu ini, KHIND akan menawarkan langganan percuma untuknya kepada pemenang bertuah. Setiap pelanggan yang mendaftarkan diri antara 3 Januari hingga 4 Februari 2025 berpeluang memenangi langganan percuma selama setahun atau enam bulan untuk pelan Sewa Milik Mesin Basuh Pengering 2-dalam-1.

    Layari laman web KHIND untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured