More

    Aplikasi Xiaohongshu kini ambil alih kedudukan TikTok di AS

    Ketika mana masa depan TikTok di Amerika Syarikat tergantung, ramai pengguna AS beralih ke aplikasi media sosial China, Xiaohongshu atau dikenali sebagai RedNote. Fenomena ini menjadikan Xiaohongshu aplikasi paling banyak dimuat turun di AS.

    Beberapa pengguna yang menggelar diri mereka sebagai “pelarian TikTok” memilih aplikasi ini sebagai bentuk protes terhadap larangan TikTok yang dijangka berkuat kuasa. Xiaohongshu adalah aplikasi gaya hidup yang membolehkan pengguna memuat naik video pendek, foto dan teks serta mempunyai fungsi seperti siaran langsung dan membeli-belah.

    Keadaan ini mencetuskan gelombang interaksi luar biasa antara pengguna Amerika dan China yang biasanya terpisah oleh batasan bahasa dan sekatan internet China. Di platform itu, pengguna AS memperkenalkan diri dengan tanda pagar #TikTokrefugee dan berkongsi foto haiwan peliharaan mereka sebagai “cat tax” kepada komuniti baru.

    Mereka juga membincangkan harga barang runcit, insurans kesihatan dan pendidikan di kedua-dua negara selain membina komuniti seperti kelab buku dan kumpulan perbincangan. Menariknya, pengguna Xiaohongshu yang sebahagian besarnya wanita dan sering menyapa orang asing sebagai “kakak,” memberikan sambutan hangat kepada pengguna baru.

    Topik seperti “Welcome the Global Villagers” kini trending dengan hampir 9 juta tontonan. Aplikasi ini yang digunakan oleh selebriti seperti Mariah Carey dan Maye Musk, terus menarik perhatian. Dengan lebih 300 juta pengguna aktif bulanan, Xiaohongshu menjadi bukti bahawa pertukaran budaya dapat berlaku walaupun di tengah ketegangan geopolitik.

    Sebagai salah satu platform yang semakin berkembang di China, Xiaohongshu kini menjadi simbol solidariti antara dua dunia digital yang sebelumnya terpisah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ABC News

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...