More

    Apple bakal perkenalkan teknologi penyejukan “vapor chamber” pada iPhone 17

    Apple dilaporkan akan memperkenalkan teknologi penyejukan vapor chamber pada siri iPhone 17 yang dijangka dilancarkan tahun ini. Teknologi ini telah banyak digunakan pada peranti Android premium, kini bakal diadaptasi oleh Apple untuk meningkatkan prestasi peranti dan menangani masalah pemanasan berlebihan.

    Model iPhone 17 Pro Max khususnya dikhabarkan akan dilengkapi gabungan vapor chamber dan helaian penyejuk grafit. Kombinasi ini dijangka mampu mengawal suhu yang terhasil daripada prestasi tinggi cip A17 Pro dan menjadikan model ini antara iPhone yang paling berkuasa.

    Langkah ini diambil berikutan laporan pemanasan berlebihan pada siri iPhone 15 Pro pada tahun 2023. Masalah tersebut dikaitkan dengan sistem penyejukan yang kurang efisien dan penggunaan rangka titanium. Walaupun siri iPhone 16 dilaporkan telah menyelesaikan kebanyakan isu ini, Apple kelihatan mahu memastikan siri iPhone 17 tidak menghadapi masalah yang sama.

    Persoalannya kini, adakah teknologi vapor chamber cukup untuk menjamin pengalaman pengguna yang lancar? Atau pernahkah anda mengalami masalah pemanasan berlebihan pada iPhone anda sebelum ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyDrivers

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured