More

    Meta lancar aplikasi penyuntingan video “Edits”, alternatif kepada CapCut

    Instagram telah melancarkan aplikasi penyuntingan video baharu dengan nama Edits yang direka khas untuk pencipta kandungan. Ketua Instagram, Adam Mosseri, menyatakan bahawa pelancaran ini berlaku di tengah ketidakpastian TikTok termasuk larangan sementara aplikasi CapCut di Amerika Syarikat.

    Edits yang bakal dilancarkan pada Mac 2025 menawarkan kamera beresolusi tinggi sehingga 2K pada 60 fps bersama alat penyuntingan canggih seperti green screen, overlay dan kesan berasaskan kecerdasan buatan (AI). Aplikasi ini tidak meletakkan watermark pada video menjadikannya pilihan ideal untuk perkongsian di pelbagai platform.

    Edits turut diintegrasikan dengan Instagram bagi memberikan data analitik masa nyata seperti kadar interaksi dan keutamaan penonton. Ia juga menyokong ciri kapsyen automatik, peningkatan audio dan kolaborasi draf video untuk memudahkan kerja berkumpulan.

    Pelancaran ini adalah strategi Instagram untuk menarik pencipta kandungan yang mencari alternatif terutama ketika TikTok menghadapi isu peraturan. Edits juga melengkapkan ciri Reels yang kini menyokong video berdurasi sehingga tiga minit. Aplikasi ini kini tersedia untuk pra-tempah di App Store dan versi Android akan menyusul.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured