More

    GXBank perlukan anda tunggu 1 jam jika anda naikkan had pindahan wang

    Dalam usaha untuk mengurangkan kes scam kewangan serta meningkatkan keselamatan para pengguna, GXBank akan memperkenalkan tempoh bertenang (cooling off period) selama sejam jika anda meningkatkan had pemindahan wang harian (daily transfer limit).

    Tempoh bertenang ini akan berkuat kuasa bermula 12 Februari 2025 dan akan diaktifkan secara serta-merta jika anda meningkatkan had pemindahan wang.

    Sepanjang tempoh bertenang, anda masih boleh laksanakan transaksi lain dalam GXBank seperti biasa. Perlu diingati bahawa anda tidak boleh ubah had pemindahan wang sekali lagi sewaktu tempoh ini.

    Sebaik sahaja tempoh bertenang tamat, anda akan menerima e-mel serta notifikasi daripada GXBank.

    Sebaliknya, jika anda menurunkan had pemindahan wang, ia akan dilaksanakan tanpa sebarang tempoh bertenang.

    Beritahu kami di Facebook jika ini fungsi yang menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lowyat

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured