More

    Amap perkenal peta bahasa Inggeris pertama di China untuk pelancong luar

    Amap, salah satu platform navigasi terkemuka di China telah melancarkan peta bahasa Inggeris pertama khas kepada pengguna antarabangsa. Langkah ini bertujuan mempermudah navigasi di China bagi pelancong asing yang menandakan transformasi besar dalam industri pelancongan negara itu.

    Walaupun telah dilancarkan, peta bahasa Inggeris ini masih dalam fasa beta dan hanya boleh diakses oleh pengguna luar negara yang berada di China. Pada peranti iOS, pilihan bahasa Inggeris masih belum berfungsi sepenuhnya. Amap menjelaskan bahawa ciri ini sedang diperhalusi dan akan diperkenalkan secara berperingkat selepas ujian.

    Selain navigasi, Amap menawarkan pelbagai perkhidmatan lain termasuk kemas kini trafik masa nyata, lokasi stesen pengecasan kenderaan elektrik, tempahan restoran dan bantuan perjalanan. Dengan integrasi ekosistem Alibaba seperti Alipay dan Fliggy, platform ini menjadi penyelesaian serba lengkap untuk keperluan pelancong.

    Pengenalan peta bahasa Inggeris ini dijangka merevolusikan pelancongan di China dengan merapatkan jurang bahasa menjadikan perjalanan lebih mudah dan mesra bagi pelancong asing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured