More

    Samsung komited jaga kelestarian alam sekitar, akan tingkatkan bahan kitar semula dalam peranti akan datang

    Dalam acara Galaxy Tech Forum yang berlangsung di San Jose, California, Amerika Syarikat baru-baru ini, Samsung menyatakan komitmennya untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Dalam forum bertajuk “Bagaimana Teknologi Mudah Alih Akan Mempercepatkan Masa Depan yang Mampan (How Mobile Technology Can Accelerate a Sustainable Future),” Samsung menjelaskan pelbagai inovasi dan kerjasama bagi menawarkan produk yang lebih mesra alam serta membantu dalam usaha-usaha pemuliharaan.

    Ini termasuklah untuk siri telefon pintar terbaru daripada syarikat teknologi itu iaitu Samsung Galaxy S25. Menurut Ketua Pengurusan Kelestarian Samsung Electronics, Daniel Araujo, setiap peranti siri S25 akan merangkumi sekurang-kurangnya 50% kobalt yang dikitar semula, dan buat pertama kalinya dalam sejarah Samsung Galaxy, bateri model S25 akan dibuat dengan kobalt kitar semula yang diperoleh daripada telefon-telefon Galaxy yang telah digunakan sebelum ini.

    Samsung Galaxy S25 dibina dengan kobalt yang dikitar semula daripada telefon-telefon Galaxy terpakai

    Selain itu, sejak pelancaran siri Galaxy S22 pada tahun 2022, Samsung telah mengitar semula lebih 150 tan jaring ikan terbuang — bersamaan dengan berat 15 juta botol air plastik — ke dalam produk-produk Galaxy.

    Mereka sedar tentang ancaman kritikal yang timbul daripada plastik-plastik yang dibuang ke dalam lautan terhadap terumbu karang. Untuk memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan terumbu karang, mereka menubuhkan perkongsian strategik bersama Scripps Institution of Oceanography di University of California San Diego.

    Seorang profesor di institusi itu, Dr. Stuart Sandin, menyatakan terumbu karang adalah habitat untuk 25% daripada kehidupan laut. Malah, lebih setengah bilion manusia bergantung kepada terumbu karang untuk makanan, pendapatan serta perlindungan daripada ribut dan hakisan pantai.

    Malangnya, sekitar 50% daripada terumbu karang dunia telah hilang akibat pencemaran plastik. Oleh yang demikian, usaha-usaha pemulihan terumbu karang dengan teknologi mudah alih kini semakin mendapat perhatian.

    Selain itu, Samsung bekerjasama dengan pertubuhan bukan untung (nonprofit organisation) Seatrees yang fokus dalam pemeliharaan terumbu karang. Kerjasama itu menghasilkan Ocean Mode dalam kamera Galaxy S24 Ultra, bagi menghasilkan data visual 3D untuk terumbu karang dan membantu Seatrees dalam pemulihaaannya.

    Samsung turut bekerjasama dengan United Nations Development Programme (UNDP) bagi memupuk generasi akan datang dalam mencapai sasaran Sustainable Developmen Global Goals. Daripada kerjasama ini, Samsung melancarkan aplikasi Samsung Global Goals dan inisiatif Generation17 yang membantu generasi muda untuk mencapai 17 sasaran tersebut sebelum 2030, serta membangunkan masyarakat global yang lebih makmur.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured