fbpx
More

    Siri Samsung Galaxy S25 dilancar di Malaysia: Fungsi Galaxy AI baru, cipset SD 8 Elite bermula RM3,999

    Samsung hari ini melancarkan siri telefon pintar andalannya (flagship) yang pertama untuk tahun 2025 iaitu Samsung Galaxy S25, Samsung Galaxy S25+ dan Samsung Galaxy S25 Ultra. Sebagai telefon tercanggih Samsung setakat ini, ia dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan Galaxy AI untuk memudahkan tugasan harian serta cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang boleh jana prestasi tertinggi.

    Antara fungsi AI yang diperbaharui termasuklah Circle to Search with Google yang kini boleh buat carian dengan lebih terperinci dan mampu mengenali nombor telefon, emel dan URL, Gemini untuk akses pantas kepada pelbagai aplikasi dalam telefon, Call Transcript untuk menyediakan teks telefon, Writing Assist untuk menulis teks dengan lebih mudah serta Drawing Assist untuk cipta imej janaan AI berdasarkan teks pendek sahaja.

    Samsung Galaxy S25
    Samsung Galaxy S25

    Selain itu, beberapa fungsi baharu untuk siri Galaxy S25 termasuklah Personal Data Engine yang menganalisis tabiat penggunaan anda kemudian ia akan menawarkan pengalaman yang unik untuk anda, serta Now Brief yang akan menyediakan cadangan berdasarkan penggunaan anda.

    Setiap data yang dijejak akan disimpan secara selamat dalam Knox Vault iaitu teknologi khas yang menyimpan data dalam peranti anda sahaja, dan ia tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak. Siri Galaxy S25 mempunyai post-quantum cryptography yang boleh melindungi data anda daripada ancaman siber yang semakin besar, hasil daripada quantum computing.

    Siri Galaxy S25 akan menerima kemas kini selama tujuh tahun untuk naik taraf versi OS dan kemas kini keselamatan.

    Daripada segi spesifikasi, setiap varian Galaxy S25 dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 40% berbanding generasi sebelumnya. Pasaran Malaysia tidak lagi menerima cipset Exynos seperti dalam siri Galaxy S24 pada tahun lalu. Ia juga mempunyai Vulkan Engine dan Ray Tracing yang diperbaharui untuk menghasilkan pengalaman grafik yang lebih realistik dalam game.

    Untuk kamera, Galaxy S25 Ultra kini mempunyai kamera ultra-lebar 50MP yang dipertingkat berbanding 12MP pada Galaxy S24 Ultra, dan ia menjanjikan butiran gambar yang lebih tinggi.

    Beberapa fungsi kamera yang baharu termasuklah rakaman video 10-bit HDR yang diaktifkan secara automatik, Audio Eraser yang mengurangkan bunyi bising dalam video, Galaxy Log untuk kawalan gubahan warna dalam video, serta Virtual Aperture untuk kawalan efek depth-of-field dalam gambar.

    Samsung Galaxy S25 Ultra
    Samsung Galaxy S25 Ultra
    Samsung Galaxy S25 Ultra

    Beralih kepada rekaan luaran pula, Galaxy S25 Ultra merupakan Galaxy S yang paling nipis, ringan dan tahan lasak setakat ini, dengan bahagian bucu yang melengkung. Ia dibuat daripada Corning Gorilla Armor 2 yang lebih tahan lasak daripada kaca.

    Selain itu, bateri untuk semua Galaxy S25 akan mempunyai bateri yang dibina dengan bahan kobalt dikitar semula sebanyak 50%, yang dikitar semula daripada telefon-telefon Galaxy yang lama.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Samsung Galaxy S25:

    Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+

    • Skrin Dynamic AMOLED 2X, kadar segar semula 120Hz
      • Galaxy S25: Skrin 6.2 inci, resolusi Full HD+
      • Galaxy S25+: Skrin 6.7 inci, resolusi Quad HD+
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM 12GB
    • Storan 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto 10MP + kamera ultra-lebar 12MP
    • Kamera hadapan 12MP
    • Bateri:
      • Galaxy S25: 4,000mAh
      • Galaxy S25+: 4,900mAh
    • Kadar pengecasan:
      • Galaxy S25: 25W berwayar (30 minit boleh cas 50%), Fast Wireless Charging 2.0, Wireless Powershare
      • Galaxy S25+: 45W berwayar (30 minit boleh cas 65%), Fast Wireless Charging 2.0, Wireless Powershare
    • Sistem operasi Android 15 dengan One UI 7
    • Menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
    • Rating kalis air IP68, boleh tenggelam 1.5 meter selama 30 minit
    • Harga:
      • Galaxy S25 256GB: RM3,999
      • Galaxy S25 512GB: RM4,599
      • Galaxy S25+ 256GB: RM4,999
      • Galaxy S25+ 512GB: RM5,599

    Samsung Galaxy S25 Ultra

    • Skrin Dynamic AMOLED 2X 6.9 inci, resolusi Quad HD+, kadar segar semula 120Hz
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM 12GB
    • Storan 256GB, 512GB atau 1TB
    • Kamera utama 200MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 10MP (zum optikal 3x) + kamera telefoto 50MP (zum optikal 5x)
    • Kamera hadapan 12MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Kadar pengecasan 45W berwayar (30 minit boleh cas 65%), Fast Wireless Charging 2.0, Wireless Powershare
    • Sistem operasi Android 15 dengan One UI 7
    • Menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
    • Rating kalis air IP68, boleh tenggelam 1.5 meter selama 30 minit
    • Harga:
      • 256GB: RM5,999
      • 512GB: RM6,599
      • 1TB: RM7,799

    Pelanggan yang pra-tempah mana-mana varian Galaxy S25 sebelum 13 Februari akan menerima hadiah bernilai RM1,600. Anda juga boleh dapatkan storan dua kali ganda (bernilai RM600) untuk model-model terpilih.

    Jika anda bayar menggunakan kad CIMB Bank, anda boleh dapat potongan harga sehingga RM400. Selain itu, buat mereka yang sudah mendaftarkan minat sebelum ini, anda boleh dapatkan e-baucar bernilai RM600 sewaktu membuat pembayaran.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembeliannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Gemini kini boleh diakses pada skrin kunci peranti Android

    Gemini kini boleh digunakan terus pada skrin kunci peranti Android anda. Ini membolehkan anda menjalankan beberapa interaksi kegemaran dengan Gemini tanpa perlu...

    iQOO Neo 10R akan dilancar pada 11 Mac 2025

    iQOO akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk iQOO Neo 10R iaitu pada 11 Mac 2025 di India selepas beberapa hari memberi petunjuk...

    PM Anwar nafi kenaikan tarif elektrik 14% Julai ini

    Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 14% pada Julai ini....

    Nothing Phone (3a) dijangka hadir dengan butang kamera pada 4 Mac 2025

    Nothing akan melancarkan Phone (3a) pada 4 Mac ini dengan fokus utama pada prestasi kamera. Telefon ini akan menampilkan butang kamera khas...

    Telefon tri-lipat Samsung mungkin dinamakan sebagai Galaxy G Fold

    Apabula bercakap mengenai telefon lipat, jenama Samsung sudah tidak asing lagi dengan produknya Samsung Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6. kini, laporan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured