More

    Nothing dijangka umum Phone 3 pada 4 Mac di MWC 2025

    Nothing kini memberi gambaran awal mengenai peranti baharu mereka dan mengesahkan tarikh pelancarannya. Dalam satu hantaran di X, Nothing berkongsi klip pendek yang menampilkan modul kamera atau antaramuka glyph pada telefon pintar terbaharu yang dipercayai adalah Nothing Phone 3.

    Hantaran itu turut mendedahkan cogan dan tarikh acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2025. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ia akan dilancarkan semasa pameran Mobile World Congress (MWC) yang bermula pada 3 Mac di Barcelona.

    Setakat ini, maklumat mengenai telefon pintar baharu Nothing masih terhad. Nothing terkenal dengan strategi memancing perhatian melalui pendedahan maklumat secara berperingkat sebelum pelancaran produk baharu. Oleh itu, peminat dijangka akan menerima lebih banyak butiran dalam beberapa minggu akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...