More

    Kementerian Komunikasi lancarkan “chatbot” Sebenarnya.my, bantu anda dapat info sahih

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini melancarkan perkhidmatan chatbot baharu dalam laman web Sebenarnya.my untuk bantu orang ramai dapatkan berita yang sahih serta dapatkan pengesahan untuk sebarang maklumat yang belum ditentusahkan.

    Untuk mengakses chatbot ini, anda boleh layari laman web https://sebenarnya.my/ atau melalui platform permesejan WhatsApp di talian 03-8688 7997. Chatbot ini turut dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Buat masa ini, chatbot Sebenarnya.my hanya menerima input dalam bentuk teks. Pada masa hadapan, ia akan menyokong input seperti video dan grafik.

    Beliau berkata pengenalan chatbot ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:

    • Membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih secara cepat dan mudah
    • Mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih
    • Memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu

    AIFA akan menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan sebarang maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai dan menyediakan maklumat yang sahih sahaja. Ia disediakan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured