More

    Lebih banyak butiran tentang rekaan dan spesifikasi vivo X50 didedahkan

    vivo telah mengeluarkan beberapa gambar yang menunjukkan rekaan vivo X50, manakala butiran tentang spesifikasi telefon tersebut pula telah didedahkan oleh pihak ketiga. Rekaannya menunjukkan susunan kamera yang agak unik, tiga lampu kilat LED dan corak warna matte yang cantik.

    Daripada segi spesifikasi pula, sumber mengatakan telefon tersebut dilengkapi skrin AMOLED 6.56 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz, cipset Snapdragon 765G, bateri 4,315mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 48MP dengan sensor Sony IMX598, kamera 13MP dengan sensor Samsung S5K3L6, kamera 8MP OmniVision OVO8A10 dan kamera telefoto 8MP dengan sensor Hynix Hi846. Kamera hadapan pula mempunyai sensor Samsung GD1 32MP dan diletakkan dalam sebuah punch-hole.

    Dengan spesifikasi sebegitu, mungkin vivo X50 adalah telefon kelas pertengahan yang agak menarik. Sebelum ini, vivo telah memuat naik sebuah iklan menunjukkan daya stabilisasi kamera dalam telefon tersebut.

    Adakah anda berminat dengan vivo X50? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured