More

    WhatsApp: Ciri log masuk untuk berbilang akaun dalam satu peranti bagi pengguna iOS akan tiba

    WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah dan menguruskan pelbagai akaun dalam satu aplikasi. Ciri ini telah diperkenalkan kepada pengguna Android dalam kemas kini beta sebelum ini dan kini, ia sedang diuji untuk iOS melalui program TestFlight.

    Dengan ciri ini, pengguna boleh mengakses akaun WhatsApp peribadi dan profesional dalam satu aplikasi tanpa memerlukan peranti berasingan atau aplikasi selari seperti WhatsApp Business. Pengguna juga boleh memilih untuk menetapkan akaun baharu dari awal atau memautkannya melalui kod QR, menjadikannya lebih fleksibel dan mudah digunakan.

    Setiap akaun akan beroperasi secara bebas dalam aplikasi dengan pemberitahuan, sembang, sandaran dan tetapan tersendiri. Ciri ini amat berguna bagi mereka yang menggunakan telefon dengan dwi-SIM membolehkan mereka menguruskan kedua-dua nombor dalam satu aplikasi.

    WhatsApp masih dalam proses pembangunan ciri ini dan dijangka akan melancarkannya dalam kemas kini akan datang untuk pengguna iOS. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured