More

    Kemas kini Windows 11 Insiders terbaharu pamerkan iPhone pada menu “Start”

    Microsoft sedang menguji tambahan baharu untuk Windows 11 Insiders dalam saluran Dev dan Beta yang menawarkan integrasi yang lebih baik untuk pengguna iPhone. Sistem Windows kini membolehkan pengguna Android dan iPhone mengakses ciri telefon mereka terus dari menu Start.

    Pengguna boleh menyambungkan peranti iPhone mereka melalui menu Start dengan memilih jenis peranti dan mengikuti arahan yang diberikan. Setelah disambungkan, pengguna iPhone dapat melihat status bateri, mesej, panggilan dan aktiviti terkini mereka secara langsung dari menu Start, sama seperti pengguna Android.

    Selain itu, kedua-dua pengguna Android dan iPhone kini boleh berkongsi fail antara peranti mereka dan PC secara langsung melalui menu Start dengan pilihan pemindahan foto, dokumen dan fail lain tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.

    Ciri-ciri baharu ini sedang diuji oleh Windows Insiders dan dijangka akan dilancarkan kepada semua pengguna Windows 11 dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Windows

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured