More

    Imej Nothing Phone (3a) tertiris bersama butiran Nothing Phone (3a) Pro

    Nothing telah mengumumkan akan melancarkan produk baharu pada 4 Mac ini. Berdasarkan maklumat bocor terkini, produk tersebut adalah Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro. Menariknya, model “Plus” yang diperkenalkan sebelum ini tidak lagi diteruskan dalam generasi kali ini.

    Salah satu ciri utama Phone (3a) adalah penggunaan tiga kamera belakang yang pertama kali diperkenalkan oleh Nothing. Walaupun reka bentuk penuh peranti ini masih dilindungi dengan sarung khas, spesifikasi utama telah mula tersebar. Menurut khabar angin, Phone (3a) akan menampilkan skrin AMOLED 6.8 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120 Hz.

    Peranti ini akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 3 dan dilengkapi dengan tiga kamera (50MP + telefoto 50MP dengan zum optik 2x + ultra lebar 8 MP). Untuk swafoto, ia hadir dengan kamera depan 32MP. Bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 45W turut disertakan bersama peranti ini.

    Phone (3a) juga mengekalkan ciri-ciri ikonik seperti lampu Glyph di bahagian belakang dan sokongan NFC. Ia akan menjalankan Nothing OS 3.1 yang berasaskan Android 15 sejak hari pertama pelancarannya. Daripada segi storan, Phone (3a) hadir dengan varian 8/128GB dan 12/256GB. Sementara itu, Phone (3a) Pro hanya tersedia dalam satu varian iaitu 12/256GB.

    Phone (3a) akan hadir dalam warna hitam dan putih manakala Phone (3a) Pro akan tersedia dalam warna hitam dan kelabu. Masih belum jelas perbezaan utama antara model Pro dan model biasa, namun maklumat lanjut dijangka akan dibocorkan dalam beberapa hari akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AndroidHeadlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured