More

    AS siasat dakwaan penyeludupan cip Nvidia dari Malaysia ke China untuk teknologi AI

    Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dilaporkan sedang menyiasat sama ada syarikat China, DeepSeek, telah menggunakan cip AI daripada Nvidia untuk membangunkan model kecerdasan buatan sumber terbuka yang inovatif. Tambahan, jabatan tersebut mengesyaki bahawa DeepSeek mungkin telah menggunakan cip AI yang diseludup secara haram ke China.

    Menurut laporan Reuters yang memetik sumber yang mengetahui perkara ini, aktiviti penyeludupan cip AI ke China telah dikesan dari beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu. DeepSeek mengejutkan industri dengan pembantu AI sumber terbuka yang lebih cekap, kos rendah dan menggunakan sumber minimum berbanding model AI di AS.

    Dalam tempoh beberapa hari, aplikasi DeepSeek menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Apple App Store dan menimbulkan kebimbangan terhadap keunggulan AI di AS sehingga menyebabkan kejatuhan pasaran saham teknologi AS yang bernilai sekitar USD1 trilion.

    Namun, jurucakap Nvidia menegaskan bahawa banyak pelanggannya mempunyai entiti perniagaan di Singapura dan menggunakan entiti tersebut untuk produk yang ditujukan ke AS dan negara Barat. Syarikat itu juga menegaskan bahawa rakan kongsi mereka mematuhi semua undang-undang yang berkaitan termasuk larangan penghantaran cip AI ke China.

    Sementara itu, DeepSeek menyatakan bahawa ia menggunakan cip H800 daripada Nvidia yang boleh dibeli secara sah pada tahun 2023. DeepSeek juga dilaporkan memiliki cip H20 daripada Nvidia yang kurang berkuasa tetapi masih boleh dihantar secara sah ke China.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured