More

    Google perkenal Gemini 2.0 Flash dengan prestasi lebih pantas dan cekap

    Google telah memperkenalkan Gemini 2.0 Flash sebagai model utama untuk aplikasi Gemini yang membawa peningkatan dalam kelajuan dan kecekapan. Kemas kini ini susulan pelancaran pada Disember lalu yang menawarkan tugas seperti pencambahan idea, pembelajaran dan penulisan lebih lancar serta pantas.

    Bagi pelanggan Gemini Advanced, Google mengekalkan tetingkap konteks 1 juta token yang membolehkan muat naik dokumen sehingga 1,500 halaman. Selain itu, pelanggan terus mendapat akses kepada ciri eksklusif seperti Deep Research yang membantu mendapatkan maklumat mendalam serta Gems yang menyediakan sumber berkualiti untuk penyelidikan lebih cekap.

    Dalam perkembangan lain, Google kini menggunakan Imagen 3 untuk penjanaan imej untuk menawarkan tekstur yang lebih terperinci dan interpretasi yang lebih tepat terhadap arahan pengguna. Model baharu ini mampu menghasilkan imej yang lebih realistik dan berkualiti tinggi yang dapat memudahkan pengguna mencipta karya seni digital yang kreatif.

    Gemini 2.0 Flash kini boleh diakses melalui web dan aplikasi mudah alih. Sementara itu, Google masih menyokong model terdahulu, Gemini 1.5 Flash dan 1.5 Pro, bagi memudahkan peralihan pengguna. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba Gemini 2.0 Flash dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured