More

    PM Anwar nafi kenaikan tarif elektrik 14% Julai ini

    Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 14% pada Julai ini. Namun, beliau menyatakan bahawa tarif elektrik dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini dengan kadar yang akan ditetapkan selepas semakan semula dilakukan. Anwar menjelaskan bahawa keputusan ini perlu dibuat berdasarkan keupayaan dan harga semasa pada satu tempoh tertentu.

    Mengenai Isu Ketidakseimbangan Pemindahan Kos Bahan Api (ICPT), Anwar menegaskan bahawa kadar pemindahan elektrik bukan 14% dan semakan dilakukan setiap enam bulan berdasarkan harga semasa. Beliau juga menyatakan bahawa kenaikan ini tidak akan terlalu membebankan masyarakat.

    Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencadangkan kadar tarif baharu di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 14.2% kepada 45.62 sen/kWh bagi tempoh 2025 hingga 2027. Namun, pada 27 Disember, Menteri Tenaga, Datuk Seri Fadillah mengumumkan bahawa tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kenaikan tarif elektrik. Kenaikan ini, jika berlaku adalah hasil semakan terhadap kerangka kawal selia masa depan sektor tenaga.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...