More

    Disney+ kehilangan 700,000 pelanggan kerana kenaikan harga langganan

    Disney+ kehilangan 700,000 pelanggan di seluruh dunia dalam beberapa bulan terakhir menurut laporan kewangan suku pertama 2025 syarikat itu. Kini, Disney+ mempunyai 124.6 juta pelanggan yang menurun sebanyak 0.7 juta berbanding suku keempat 2024. Penurunan ini berlaku selepas Disney+ menaikkan harga langganannya tahun lalu.

    Pelan Disney+ dengan iklan meningkat daripada $7.99 kepada $9.99 manakala pelan tanpa iklan meningkat daripada $13.99 kepada $15.99. Selain itu, Disney juga mula mengetatkan peraturan perkongsian kata laluan sejak September lalu dengan memperkenalkan pelan “Paid Sharing” di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa bahagian Eropah.

    Sistem ini mengehadkan penggunaan akaun kepada satu isi rumah sahaja kecuali pelanggan utama membayar bayaran tambahan. Ini adalah kali pertama Disney+ kehilangan pelanggan sejak perkhidmatan ini dilancarkan. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, menyatakan bahawa kadar kehilangan pelanggan tidak teruk seperti yang dijangkakan.

    Disney juga menjangkakan jumlah pelanggan Disney+ akan terus menurun pada suku kedua 2025. Walaupun Disney+ mengalami penyusutan pelanggan, Hulu berjaya menambah 1.6 juta pelanggan menjadikan jumlah keseluruhannya 53.6 juta pelanggan berbayar.

    Sementara itu, pendapatan keseluruhan Disney meningkat sebanyak 4.8% pada suku ini yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh kejayaan filem Moana 2. Filem itu meraih lebih $1 bilion di pawagam. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Disney

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured