More

    ASUS Zenfone 12 Ultra dilancar: SD 8 Elite, penstabilan kamera 6 paksi, OLED 120Hz bermula ~RM5,060

    Selepas melancarkan telefon gaming ROG Phone 9 FE pada beberapa hari lalu, kini ASUS melancarkan telefon pintar andalan (flagship) yang ditujukan kepada pasaran umum pula iaitu ASUS Zenfone 12 Ultra.

    Ciri utama pada telefon ini pastinya pada cipset yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Elite, setaraf dengan telefon-telefon andalan Android jenama lain. Cipset ini menjanjikan prestasi CPU lebih pantas sebanyak 45%, GPU sebanyak 40% dan NPU sebanyak 40% berbanding generasi sebelumnya.

    Untuk memori ia ditawarkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan sotran dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB.

    Seperti kebanyakan telefon andalan pada waktu ini, Zenfone 12 Ultra dilengkapi pelbagai fungsi AI, termasuklah AI Call Translator 2.0 yang boleh menterjemah panggilan telefon dalam masa nyata, AI Transcript 2.0 yang boleh tuliskan transkrip daripada audio dialog dan boleh memisahkan transkrip untuk penutur yang berasingan, serta fungsi rumusan dan penterjemahan umum.

    Satu lagi ciri utama pada telefon ini adalah kameranya yang mempunyai penstabilan gimbal enam paksi yang boleh betulkan gerakan sehingga ±5°, lebih tinggi berbanding Zenfone 11 Ultra pada tahun lalu.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama dengan sensor Sony Lytia-700, kamera telefoto 32MP dengan zum optikal 3x dan zum digital 30x, kamera ultra-lebar 120° dan kamera hadapan 32MP. Kameranya turut mempunyai fungsi AI, seperti AI Tracking untuk menjejak subjek dengan tepat sewaktu rakaman video, AI Portrait Video untuk hasilkan video dengan latar belakang kabur.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin OLED berukuran 6.78 inci dengan panel LTPO 1-120Hz, sokongan 144Hz untuk game tertentu, kecerahan puncak 2,500 nits dan kaca Gorilla Glass Victus 2.

    Baterinya pula berkapasiti 5,500mAh serta menyokong kadar pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W.Dengan pengecasan berwayar pada kadar 65W, ia boleh dicas penuh dalam masa 39 minit sahaja.

    "
    "

    Daripada segi audio, ia mempunyai pembesar suara stereo dan lebih menarik, ia masih menawarkan bicu audio 3.5mm. Ia turut mempunyai teknologi Dirac Virtuo for Headphones yang boleh digunakan pada fon telinga berwayar atau wayarles.

    Telefon ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu hijau Sage Green, hitam Ebony Black dan putih Sakura White. Ia turut mempunyai rating kalis air IP68.

    Buat masa ini, Zenfone 12 Ultra hanya dijual dalam negara-negara terpilih sahaja dan Malaysia tidak termasuk dalamnya. Di Eropah, ia akan dijual pada harga bermula EUR1,100 (~RM5,060).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ASUS

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured