More

    Acer Predator Helios Neo AI 16 dan 18 dilancar dengan pilihan cipset Intel Core Ultra 9, Nvidia RTX 5070 Ti bermula ~RM7,792

    Acer baru sahaja melancarkan barisan baharu komputer riba gaming berteknologi AI menerusi siri ikonik Predator. Dua model diperkenalkan dengan Predator Helios Neo 16 AI dan Predator Helios Neo 18 AI yang menampilkan spesifikasi terkini untuk pengalaman gaming yang lebih mantap.

    Bermula dengan Predator Helios Neo 16 AI, ia hadir dengan skrin 16 inci dan empat pilihan paparan termasuk panel OLED WQXGA dengan kadar segar semula sehingga 240Hz dan tindak balas 1ms. Model ini dikuasakan oleh Intel Core Ultra 9 275HX atau Core Ultra 7 255HX serta GPU Nvidia GeForce RTX 5070 atau RTX 5070 Ti. Ia juga menyokong sehingga 64GB RAM DDR5 dan storan 2TB SSD PCIe Gen 4.

    Sementara itu, Predator Helios Neo 18 AI menawarkan skrin lebih besar iaitu 18 inci dengan pilihan panel Mini LED beresolusi tinggi dan kadar segar semula 250Hz. Daripada segi spesifikasi dalaman, kedua-dua model hampir serupa. Laptop ini dijangka memasuki pasaran Amerika Utara pada April dan EMEA pada Mei dengan harga bermula 1699 Euro (~RM7,792) untuk Helios Neo 16 AI dan 1899 Euro (~RM8,709) untuk Helios Neo 18 AI.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu komputer riba yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Acer

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured