More

    China rancang untuk siasat App Store sebagai tindak balas terhadap tarif baharu AS

    Amerika Syarikat telah mengenakan tarif perdagangan baharu ke atas barangan China dengan meningkatkan kos untuk perniagaan dan pengguna. Sebagai tindak balas, China merancang siasatan terhadap App Store Apple dengan fokus pada komisen 30% dan sekatan pembayaran pihak ketiga.

    Berita ini menyebabkan saham Apple jatuh 3% yang telah menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan syarikat itu di China yang juga salah satu pasaran terbesarnya. Selain itu, Google turut disiasat di bawah undang-undang anti-monopoli dan beberapa syarikat AS termasuk PVH Corp. dan Illumina telah dimasukkan ke dalam senarai “entiti tidak boleh dipercayai” China.

    Sementara itu, Apple tidak dikecualikan daripada tarif AS yang boleh meningkatkan kos pengeluaran dan harga untuk pengguna. Ketegangan perdagangan ini mencetuskan ketidakpastian ekonomi global. Jika siasatan diteruskan, ia boleh memperburuk perang perdagangan dan memberi kesan besar kepada industri teknologi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured