More

    Touch ‘n Go eWallet kini boleh diguna oleh pelarian, pencari suaka di Malaysia

    TNG Digital Sdn Bhd hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan agensi sokongan pelarian, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), bagi menyediakan perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go eWallet kepada ribuan pelarian dan pencari suaka (asylum seekers) yang menetap di Malaysia.

    Dengan kerjasama ini, mereka boleh menggunakan TNG eWallet untuk membuat pembayaran, menambah nilai eWallet, menerima dan memindahkan wang serta menggunakan kad fizikal TNG eWallet Visa Card untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM dan membuat pembayaran.

    Mereka akan turut menerima polisi perlindungan Money-Back Guarantee dan mata ganjaran GOrewards untuk pelbagai promosi menarik dan pulangan tunai.

    Kerjasama ini bertujuan membantu pelarian dan pencari suaka di Malaysia yang kerap mengalami kesukaran dalam mendapatkan perkhidmatan kewangan asas. Buat masa ini, terdapat 192,170 pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia dan majoriti daripadanya datang dari Myanmar serta lain-lain negara bergolak.

    Kebanyakan fungsi TNG eWallet akan ditawarkan kepada mereka, namun beberapa fungsi tertentu seperti fungsi pelaburan tidak akan ditawarkan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured