More

    Fujifilm instax WIDE Evo dilancar di Malaysia: Kamera dengan fungsi cetakan berharga RM1,798

    Fujifilm Malaysia hari ini melancarkan kamera terbaru dalam siri instax iaitu Fujifilm instax WIDE Evo. Seperti kamera-kamera lain dalam siri instax, tarikan WIDE Evo adalah kebolehannya untuk mencetak terus gambar yang diambil menggunakan filem khas.

    Menarik untuk WIDE Evo adalah ia menggunakan filem baharu yang bersaiz dua kali ganda lebih besar berbanding filem yang digunakan pada kamera instax mini Evo. Pengguna boleh mengambil banyak gambar secara digital, kemudian pilih gambar yang ingin dicetak pada filem WIDE Evo melalui skrin LCD di belakangnya.

    Selain itu, gambar yang diambil boleh dihias dengan gabungan efek cahaya dan warna, sehingga 100 jenis gabungan. Ini termasuklah efek lensa seperti Magenta dan Monochrome, serta efek filem seperti Light Leak dan Colour Gradient. Setiap efek ini boleh dilaraskan antara 100 tahap bagi membenarkan pengguna memilih sekuat mana efek ini ingin digunakan.

    Terdapat juga Wide Angle Mode yang membenarkan pengguna menangkap gambar dengan sudut yang lebih lebar.

    Untuk mencetak gambar, pengguna perlu memutar Print Crank di bahagian tepi kamera ini.

    Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi instax WIDE Evo melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk melihat cetakan instax yang dikongsi oleh pengguna di seluruh dunia.

    Fujifilm instax WIDE Evo akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,798. Fujifilm turut melancarkan format filem baharu bernama Brushed Metallics, yang mempunyai bingkai mirip besi. Ia akan dijual pada harga RM50 untuk 10 keping filem.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured