More

    Fahmi: Facebook, Telegram kerap diguna untuk iklankan judi dalam talian

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan telah menurunkan ratusan ribu kandungan internet yang mengiklankan kegiatan perjudian dalam talian. Dalam tempoh 2022 sehingga 1 Februari 2025, sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat dan 224,403 kandungan judi dalam media sosial telah diturunkan.

    Daripada 224,403 kandungan judi yang diturunkan itu, sebanyak 209,006 atau 93.14 peratus daripadanya datang daripada Facebook, menjadikannya platform yang paling aktif digunakan oleh pengiklan judi.

    Kerajaan telah menyekat kandungan judi ini bagi menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat kepada pengguna. Ia adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan permesejan internet popular untuk berdaftar dengan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi, di bawah Akta 588 bermula 1 Januari lalu.

    MCMC juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menurunkan kandungan media sosial berkenaan judi.

    Beliau turut melaporkan bahawa kebanyakan pengendali platform media sosial telah bekerjasama baik dengan kerajaan dalam usaha menurunkan iklan judi haram, namun ada juga yang berlengah untuk melakukannya.

    Sebagai contoh, kerajaan telah memohon kepada YouTube untuk menurunkan 5,167 kandungan iklan judi dan mereka menurunkan 5,115 daripada kandungan tersebut. Sebaliknya, Telegram hanya menurunkan 39 peratus daripada kandungan judi yang ingin diturunkan oleh kerajaan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured