More

    Keychron K3 Max rasmi di Malaysia dengan reka bentuk ultra nipis, saiz 75% berharga RM499

    Keychron baru-baru ini telah memperkenalkan papan kekunci mekanikal ultra-nipis tanpa wayar K3 Max untuk pengguna yang mahukan mobiliti dan ruang kerja minimalis. Menariknya, Keychron juga memenangi anugerah CES Innovation Awards 2025 dalam kategori “Komputer & Aksesori Periferal”.

    Dengan ketebalan 31% lebih nipis daripada papan kekunci mekanikal biasa, K3 Max menyokong sambungan Bluetooth hingga tiga peranti serentak. Ini membolehkan peralihan pantas antara komputer riba, tablet dan telefon pintar.

    Ia juga direka dengan ergonomik yang dipertingkatkan yang memberikan keselesaan untuk sesi kerja atau permainan yang panjang. Stabilisasi kekunci yang diperbaiki mengurangkan gegaran pada kekunci utama dapat memberikan ketepatan dan kepuasan menaip.

    Lebih 22 kesan lampu latar RGB tersedia yang mana pengguna boleh menyesuaikan suasana mengikut keperluan. Buih akustik IXPE dan lateks yang dinaik taraf memastikan pengalaman menaip yang senyap, responsif dan tahan lama.

    Selain itu, K3 Max menyokong hot-swappable penukaran suis dengan mudah dan boleh dikonfigurasi menerusi Keychron Launcher Web Configurator untuk mengubah susunan kekunci, mencipta makro, menetapkan pintasan serta mengemas kini firmware tanpa perisian tambahan.

    Keychron K3 Max kini boleh didapati di kedai rasmi Keychron Malaysia, Shopee, Lazada dan peruncit sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Keychron K3 Max dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured