More

    Samsung sedang bina peranti dengan bateri boleh tanggal klasik

    Di sebalik arus kemajuan teknologi, masihkah anda ingat tentang telefon pintar dengan bateri boleh tanggal? Arus teknologi telah membawa kesemua jenama telefon untuk mengaplikasikan formula bateri terbina dalam. Namun, Samsung kini dilaporkan mungkin sedang merancang untuk mengembalikan kewujudan bateri boleh tanggal atau bateri boleh ganti.

    Sebenarnya, agak mudah jika teknologi bateri boleh tanggal dikembalikan untuk segelintir pengguna yang menggemari ciri ini. Seperti dahulu, kita boleh membawa bateri tambahan dan menukarnya sendiri tanpa perlu meminta pertolongan juruteknik telefon pintar (mengimbau kenangan dahulu). Bateri boleh tanggal juga pastinya ada tersedia dijual dimana-mana kedai tertentu. Di sisi yang lain, kami pernah memaklumkan mengenai Kesatuan Eropah (EU) yang ingin mengembalikan fungsi ini pada telefon pintar.

    Secara logiknya, kewujudan bateri boleh tanggal tidak akan hadir pada barisan flagship peranti Samsung. Berkemungkinan, ia bakal hadir mungkin pada peranti kelas pertengahan atau permulaan dengan kapasiti bateri yang lebih rendah daripada standard bateri terkini. Sumber melaporkan terdapat telefon pintar Samsung dengan kod SM_A013F yang sedang dibina dilengkapi bateri 3000mAh dan storan 16/32GB. Mungkinkah peranti ini yang bakal dihuni oleh bateri boleh tanggal?

    Samsung Galaxy S5 dengan bateri boleh tanggal berkapasiti 2800mAh

    Memandangkan ini merupakan berita tidak rasmi, anggaplah ini sekadar pembacaan yang menarik untuk dikongsi. Jika ianya hadir, kami juga teruja untuk mencubanya. Kewujudannya dahulu adalah sesuai dengan arus teknologi terdahulu, tetapi kewujudannya sekarang bakal menimbulkan persoalan apakah ianya masih relevan? Menurut anda, masih adakah pengguna yang bakal menghargai ciri bateri boleh tanggal? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured