More

    Acer Malaysia lancarkan Acerpure CHEF KF1, penggoreng udara dan periuk masak 2-dalam-1 berharga RM799

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acerpure CHEF KF1 yang merupakan peranti gabungan antara penggoreng udara (air fryer) dan periuk masak yang direka untuk menjimatkan ruang serta memudahkan proses memasak.

    Penggoreng udara ini hadir dengan dengan kapasiti 5.5 liter dan reka bentuknya unik kerana ia boleh diubah menjadi periuk tidak melekat 2.5 liter dan penggunaan biasa seperti menggoreng, memanggang atau memasak.

    Acerpure CHEF KF1 dilengkapi dengan laci kaca tahan panas bukan toksik dan pengguna boleh memantau makanan tanpa membuka penutup. Selain itu, teknologi penggorengan udara 360° memastikan makanan dimasak sekata dengan tekstur rangup.

    Acerpure CHEF KF1 juga memiliki sistem saliran minyak 390 lubang untuk hidangan lebih sihat dan rendah kalori. Pengguna boleh menetapkan suhu dan masa memasak dengan pilihan hingga lima mod memasak pintar dengan satu klik.

    Produk ini dijual pada harga RM799, namun pelanggan boleh menikmati harga promosi RM499 dengan tempahan awal di Acer eStore, Shopee, Senheng dan One Living dari 25 Februari hingga 1 Mac 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Acerpure CHEF KF1 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured