More

    DxOMark: Kualiti audio iPhone SE 2020 adalah salah satu yang terbaik

    Terdahulu, iPhone SE tahun 2020 telah dilancarkan dan tersedia dijual di pasaran Malaysia. Seperti yang kita sudah sedia maklum, walaupun ia lebih murah daripada iPhone 11, ia tetap dikuasai oleh cipset yang sama iaitu A13 Bionic. Terkini, ujian penanda aras DxOMark terkenal telah menandakan kualiti audio iPhone SE.

    Sumber melaporkan masih tiada sebab yang pasti mengapa ujian prestasi kamera tidak dijalankan sekaligus bersama kualiti audio. Namun, apa yang penting kita boleh mengetahui prestasinya dari segi aspek tertentu walaupun berkala.

    Secara keseluruhannya, audio iPhone SE mempunyai prestasi dinamik yang baik, treble dan midrange yang seimbang dan prestasi kelantangan maksimum/minimum yang baik. Dalam aspek rakaman, salah satu kebaikannya adalah prestasi timbre yang mantap. Anda boleh melihat pelbagai kelemahan dan prestasi audio lain di laman rasmi DxoMark.

    Ujian ini menandakan iPhone SE sebagai salah satu telefon pintar dengan kualiti rakaman bunyi terbaik, mengalahkan iPhone 11 dan 11 Pro Max. Walau bagaimanapun, kualiti ulang main (playback) iPhone SE masih berada sedikit sahaja di bawah iPhone 11 dan 11 Pro Max.

    Untuk sebuah peranti iPhone mesra poket, keputusan ini agak mengujakan. Adakah anda salah seorang pemilik iPhone SE? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DxoMark melalui Gizchina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured