More

    REDMAGIC 10 Pro di Malaysia kini ditawarkan dalam warna Dusk Ultra, diskaun RM1,000

    REDMAGIC Malaysia hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar gaming REDMAGIC 10 Pro iaitu warna kelabu gelap Dusk Ultra. Untuk mereka yang tidak tahu, REDMAGIC 10 Pro merupakan sebuah telefon gaming andalan yang dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite, skrin AMOLED 1.5K dan pengecasan pantas 100W.

    Bagi menyambut kehadiran warna baharu ini, REDMAGIC Malaysia akan tawarkan diskaun khas untuknya di mana anda boleh dapatkannya pada harga RM4,999 sahaja untuk varian 24GB+1TB, iaitu RM1,000 lebih rendah berbanding harga pasaran (RM5,999). Promosi ini akan bermula pada hari ini (24 Februari) jam 8:00 malam dan boleh didapati dalam laman rasmi REDMAGIC di Shopee, Lazada serta laman web rasmi.

    Untuk maklumat penuh mengenai ciri-ciri telefon gaming yang unik ini, anda boleh baca artikel pelancarannya. Sebelum ini, ia hanya ditawarkan dalam warna putih Moonlight serta hitam Shadow.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured