More

    Xiaomi 15 Ultra akan tiba di Malaysia pada 2 Mac ini

    Xiaomi akan melancarkan telefon pintar baharu, Xiaomi 15 dan 15 Ultra secara global pada 2 Mac 2025 sempena Mobile World Congress (MWC) di Barcelona. Walaupun tarikh pelancaran di Malaysia masih belum diumumkan, laman Shopee Xiaomi memberi petunjuk bahawa jualan mungkin bermula pada hari yang sama pada jam 10:59 malam.

    Xiaomi 15 hadir dengan skrin LTPO OLED 6.36 inci, kadar segar semula 120Hz dan cip Snapdragon 8 Elite. Bateri 5,400mAh menyokong pengecasan berwayar 90W dan tanpa wayar 50W. Sistem kameranya berjenama Leica dengan sensor utama 50MP OIS, lensa ultra-lebar 50MP dan lensa telefoto 50MP dengan zum optik 3x.

    Xiaomi 15 Ultra Model Ultra pula menampilkan sensor utama 1 inci 50MP, lensa ultra-lebar 50MP, lensa telefoto 50MP dan lensa periskop 200MP. Ia memiliki skrin AMOLED 6.73 inci, kadar segar semula adaptif 120Hz dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite.

    Dengan pelancaran semakin hampir, peminat Xiaomi di Malaysia pasti menantikan pengumuman rasmi mengenai harga dan ketersediaan peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi 1|2

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured