More

    Anda kini boleh membelek sendiri Xiaomi Mi 10 secara virtual

    Untuk anda yang ingin memiliki Xiaomi Mi 10, tetapi masih khuatir untuk ke mana-mana pengedar sah Xiaomi memandangkan PKPB masih berjalan, anda mungkin boleh mencuba cari ini. Xiaomi kini memberi peluang untuk anda survei dan membelek sendiri telefon pintar Xiaomi Mi 10. Perlu diingatkan bahawa anda perlu mempunyai headset VR untuk pengalaman yang lebih nyata!

    Pengalaman virtual ini disediakan khas untuk peminat yang berminat untuk mencuba pengalaman ‘unboxing’ peranti tersebut. Untuk pengetahuan anda, Xiaomi terdahulu telah membuka peluang pengalaman virtual Mi 10 Youth Edition. Menurut kami, inilah masa yang sesuai untuk membelek peranti tersebut melalui pengalaman VR tanpa perlu ke kedai.

    Lebih menarik, anda boleh menukar varian pilihan warna peranti-peranti tersebut dan melihat sisi yang tidak dapat dilihat melalui video di internet. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh mengunjungi pautan ini untuk Xiaomi Mi 10.

    Adakah anda sudah memiliki Xiaomi Mi 10? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured