More

    Nokia C5 Endi, Nokia C2 Tava, Nokia C2 Tennen diumumkan, harga mesra poket bermula ~RM304

    Terkini, HMD Global mengumumkan tiga peranti Nokia terbaru yang terdiri daripada Nokia C5 Endi, Nokia C2 Tava dan Nokia C2 Tennen melalui syarikat telekomunikasi Cricket Wireless di Amerika Syarikat (AS). Ketiga-tiga peranti ini merupakan peranti dengan harga yang agak berpatutan dan mesra poket.

    Nokia C5 Endi dioperasikan cipset MediaTek Helio P22 bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Tetapan kamera utamanya dihuni tiga kamera 13MP + 5 (ultra lebar) + sensor kedalaman. Nokia C5 Endi hadir dengan paparan bertakuk 6.5-inci HD+dan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia mempunyai ciri fotografi seperti kamera AI, mod potret, HDR, Bokeh. Peranti dengan ciri teknologi butang Google Assistant ini hadir dengan harga $169.99 (lebih kurang ~RM739).

    Nokia C2 Tava dan Nokia C2 Tennen kelihatannya memiliki spesifikasi yang agak serupa. Perbezaannya masih belum diketahui, namun dijangkakan bakal terdedah semasa ia rasmi dijual di pasaran AS. Kedua-duanya didiami cipset MediaTek Helio A22, RAM 2GB, storan 32GB (boleh diperluaskan melalui slot mikroSD) dan bateri 3000mAh. Spesifikasi kameranya dihuni tetapan dwi-kamera utama 8MP (autofokus) + 2MP (kedalaman) bersama kamera hadapan 5MP.

    Nokia C2 Tava berharga $69.99 (lebih kurang ~RM304), manakala Nokia C2 Tennen berharga $109.99 (~RM478). Walaupun ia merupakan peranti kelas permulaan, namun ia hadir dengan ciri teknologi AI Face Unlock, mod potret, rakaman video Full HD dan butang Google Assistant.

    Spesifikasinya yang menyeluruh bakal diketahui semasa penjualannya secara rasmi (dijadualkan pada 15 Jun ini). Apa pun, kami tidak mempunyai maklumat tentang keberadaanya di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: gadgets.ndtv

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured