More

    realme Neo 7 SE dilancar dengan Dimensity 8400-Max, bateri Titan 7,000mAh bermula ~RM1,095

    realme telah memperkenalkan Neo 7 SE, telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh cip Dimensity 8400-Max. Ia direka khas untuk gaming yang dilengkapi bateri Titan 7000mAh, sistem penyejukan canggih dan pelbagai ciri AI. Neo 7 SE menampilkan paparan 6.78 inci 1.5K dengan kecerahan puncak 6000 nits dan bezel ultra-nipis untuk nisbah skrin ke badan 93.9%.

    Ia menyokong kadar segar semula 120Hz LTPO, kadar respon sentuhan 2600Hz dan perlindungan mata TÜV Rheinland. Untuk prestasi, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 8400-Max dengan CPU 3.25GHz dan GPU Mali-G720 1.3GHz.

    Peranti ini menyokong RAM LPDDR5X sehingga 16GB, storan UFS 4.0 512GB dan sistem penyejukan 7700mm² vapor chamber untuk prestasi optimum ketika bermain game. Ia juga mempunyai GT Performance Engine yang menyokong kadar bingkai sehingga 120fps.

    Untuk kamera, Neo 7 SE dilengkapi kamera utama Sony IMX882 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera hadapan 16MP dengan ciri AI. Ia menyokong rakaman video 4K 60fps dan slow-motion 240fps. Dengan bateri 7000mAh, telefon ini menyokong pengecasan pantas 80W yang mampu menjalankan Honor of Kings pada 120fps selama 7.6 jam.

    Ia juga mempunyai teknologi pengecasan pintasan untuk mengurangkan haba semasa gaming. Neo 7 SE mempunyai sijil IP69, IP68 dan IP66 menjadikannya tahan air dan debu serta kaca Crystal Armor untuk perlindungan jatuh. Ia juga menyokong sentuhan dengan sarung tangan dan tangan basah.

    Untuk sambungan, ia menyokong 5G dwi-SIM, Wi-Fi 6, dan Bluetooth 5.4 dengan kemungkinan naik taraf ke Bluetooth 6.0. Audio pula diperkuat dengan pembesar suara stereo dan teknologi OReality Audio. Neo 7 SE hadir dalam tiga warna iaitu Blue Mecha, White Winged Warrior dan Dark Iron Knight.

    Harga bermula daripada 1799 yuan (~RM1,095) untuk model 8/256GB dan sehingga 2499 yuan (~RM1,521) untuk model 16/512GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Neo 7 SE serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured