More

    realme Neo7x turut dilancar dengan SD 6 Gen, skrin AMOLED 120Hz 6.67″ dan bateri 6,000mAh bermula ~RM791

    Selain melancarkan realme Neo7 SE, realme hari ini turut memperkenalkan satu lagi varian dalam siri Neo7 di China, iaitu realme Neo7x. Dengan spesifikasi menarik pada harga berpatutan, peranti ini dijangka mendapat perhatian peminat teknologi.

    Menurut laman rasmi realme China, Neo7x dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W melalui port USB-C.

    Daripada segi skrin, Neo7x menampilkan paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan maksimum 2000 nits. Kamera hadapan 16MP terletak dalam lubang kecil di bahagian tengah skrin.

    Di bahagian belakang, terdapat kamera utama 50MP OV50D40, bersama satu lagi sensor tambahan. Spesifikasi lain yang menarik termasuk sistem penyejukan VC cecair 6050mm², penarafan ketahanan IP69/IP68/IP66, imbasan cap jari bawah skrin, serta audio Hi-Res.

    Peranti ini menjalankan Android 15 berasaskan realme UI 6.0 dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Titanium Grey Storm dan Silverwing Mech. Di China, realme Neo7x dijual pada harga bermula CNY1299 (~RM791), namun ketersediaan global masih belum diumumkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Neo7x serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured