More

    Kerajaan pertimbang caj kesesakan di Kuala Lumpur untuk kurangkan trafik

    Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan caj kesesakan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mendedahkan bahawa inisiatif ini masih dalam peringkat kajian bagi menetapkan kadar yang dapat mengurangkan penggunaan jalan tertentu oleh pemandu.

    Bercakap di Dewan Rakyat semalam, Dr Zaliha berkata bahawa caj kesesakan ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di ibu kota sekitar 20%. Namun, beliau menegaskan bahawa kadar caj yang akan dikenakan tidak akan terlalu tinggi bagi mengelakkan beban tambahan kepada pengguna jalan raya.

    Dr Zaliha turut merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Prasarana Malaysia Berhad pada tahun 2020 yang menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM20 bilion akibat kesesakan lalu lintas.

    Sehubungan itu, kajian mengenai pelaksanaan caj kesesakan ini sedang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

    Selain itu, Dr Zaliha turut menekankan bahawa Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan usaha untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan awam di Kuala Lumpur dijalankan seiring dengan kajian caj kesesakan ini bagi memberikan alternatif yang lebih baik kepada pengguna jalan raya.

    Dengan kajian yang sedang berlangsung, kerajaan berharap dapat mencari penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas tanpa memberi beban yang berlebihan kepada rakyat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured